Wednesday, March 13, 2019

KRAFTANGAN ,BIDAYUH DI SARAWAK

Selamat Datang dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini dan ingin memperkenalkan kraftangan yang unik dan cantik di Sarawak .Definisi Kraftangan
Kraftangan "dalam kata lain ialah artostik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan dan tradisional adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebagainya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik dan sebagainya .Misalnya Sarawak menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang .

Bakul Tambok





Anyaman

Bakul Tambok ini amat popular seperti ingan ,ia berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu .Bakul ini dianyaman oleh orang bidayuh,mereka menganyam dengan rotan yang tersusun yang tegak dan melintang .Kaum bidayuh biasanya menggunakan bakul tambok ini sebgai media untuk mengangkut perolahan dari hutan .Penggunaanya pula adalah dengan mengangkatnya di bahu .Bakul Tambok ini diperbuat daripada hasil-hasil hutan seperti buluh,rotan ,daun nipah serta banyak lagi

Terendek


Topi ini dikenali sebagai terendek dengan bersaiz agak besar dan berbentuk kon .Terendek ini juga diperbuat daripada daun nipah yang dihiasi dengan buluh serta nipah .Ia juga digunakan sebagai pelindung sebagai pelindung seperti topi di Sarawak .Perhiasan juga bermula daripada bahagian atas ke bawah hitam dan merah .

                                         Tikar kelasah 





Masyarakat Bidayuh di kawasan Bau yang terdiri daripada petani menggunakan tikar kelasah untuk menjemur padi kerana pada waktu itu tiada tempat khas yang dapat digunakan bagi tujuan berkenaan.

                                        Pakaian Bidayuh

                                                          



kaum wanita masyarakat bidayuh pula mengunakan baju hitam berlengan pendek atau separuh lengan dan kain sarung berwarna hitam yang dihiaskan dengan manik yang halus di tepi dengan menggunakan pelbagai warna





Biasanya warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
kaum lelaki masyarakat bidayuh mereka mengenakan sepasang baju berwarna coklat berlengan pendek atau berwarna hitam berlengan panjang dan berseluar hitam panjang atau bercawat serta menggunakan kain yang dililitkan di kepala sebagai perhiasan perlengkapan kaum lelaki masyarakat bidayuh. 



KESIMPULAN



Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri kraftangan sendiri dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan industri kraftangan di Malaysia.Justeru ,jelaslah bahawa komitmen di kalangan pelbagai lapisan masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri kraftangan di negara kita.Hal ini,secara tidak langsung dapat membanggakan ,pengusaha kraftangan perlulah memvariaskan corak,nilai mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan produk mereka diperingkat global dalam mencari peluang pekerjaan perniagaan maka tidak hairanlah satu hari nanti produk kraftangan negara mampu duduk sebaris dengan produk kraftangan antarabangsa ,bak kata pepatah duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi.



VIDEO PEMBUATAN BAJU BIDAYUH












No comments:

Post a Comment

KRAFTANGAN ,BIDAYUH DI SARAWAK

Selamat Datang dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini dan ingin memperkenalkan kraftangan yang unik dan cantik di Sar...